Selasa, 17 November 2009

Berita kepulangan ke ''STEEL RIVER''

Petang Isnin, khabar mengenai arahan untuk pulang ke sungai besi yang selama seminggu tertanya-tanya akhirnya 'mungkin' confirm kene balik RABU nih..huhu (tak rela). Khabar berita mengatakan esok (selasa), akan tiba  bas2 dan trak2 yang akan memunggah kami kembali ketempat asal iaitu UPNM tercinta...huhu,,selamat tinggal sekejap UTM kesayangan.hehe.

Latihan LKU(latihan ketenteraan umum) yang sememangnye memancitkan orang2 yang kureng fit akan bermula seperti biasa. Kesian pula tengok rakan2 Skudai yang berlemak sana sini,,tak tau la macam mane situation kat sane nanti,,mesti dah banyak dah berubah sejak pemerintahan rejimental Datuk Zulkifli sebagai NC UPNM tu...huhu.

Tapi sebagai seorang pegawai kadet terlatih selama 4 tahun, ''Prepare for the worse'' sentiasa menjadi pegangan dan terima segala kepayahan sebagai satu latihan dan pelajaran...bermula la malam ni pencarian baju2 uniform yang boleh fit dengan saiz badan yang mengembang, gajet2 kelengkapan ketenteraan untuk persediaan keberangkatan ke lembah dugaan mental dan fizikal tu..hehe.

Dalam pada itu masih ada yang masih berpegang dengan naluri hati berkenaan pembatalan rancangan pulang LKU di UPNM hari rabu nih...mungkin jadi mungkin tidak. Jadual cuti UPNM berdata 22 nov -29 nov menguatkan lagi tekaan itu. Masakan tidak, kami pergi kesana,orang sana cuti..emm ape ape aje lah. we'll see that tomorow.

Harapan esok ada berita gembira........


Isnin, 16 November 2009

psycal training (PT) pagi yang syok!!!

Tepat jam 0630H seperti biase la,bagun dari tido, macam ni la aku tido lewat mana pun pagi mesti bgun pagi. Lepas solat subuh, dengar dah suara bebudak nih memekik...FALL-IN!!FALL-IN!!PT PT!!!!!!nasib baik kasut spike but aku sentiase shine..hehe tp berhabuk juga lah(da lame x pt..kantoi plak)...

Turun dari tingkat 2 blok S04 Kolej Tuanku Canselor dah ramai menunggu,nasib baik bukan last person kalo tak mahu nye dapat push up 10 dengan staf Risham tu. Pagi ni lain pulak cerite nye..ade yang pakai Game Order (tak ikut arahan)  ade yang pakai Half Loreng. Staf pun macam biase la, membebel pagi, tengah hari, petang ,magrib, malam aje keje nye..hehe kesian pulak kadang-kadang tengok orang tua tu.

Ditambah pulak dengan tak cukup strength nye,,,tambah lagi point staf Risham nak membebel. Tapi mereka-mereka ni macam biase la,masuk telinga kiri, keluar kat lubang idung...(???). Disebabkan ramai sangat nak kene handle, staf membahagikan kami kepada 3 group,,,Game Order's Group dua dan satu lagi Half Loreng's Group ( group aku ler tu).

Nasib bebudak loreng baik sikit pagi ni...berlari..pt kejap..then bermain bola tampar. Geng baju sukan pulak diberi task berlari sekeliling UTM dalam mase 20 minit..(eleh iye2 je dorg tu). Ha macam itu lah nasib nyer kalau tak mengikut arahan. Dapat keje lebih tak pasal-pasal..

Tak pernah dibuat orang,main volley ball lengkap berpakaian Spike But dan berloreng...hehe semangat askar betul. Tak larat nak lompat lebih-lebih, pakai spike but yang berat tu, finally ramai berpakat ....kite makan dulu!!Masakan Pak Cik Komando ni la yang kiteorang mencekik hari2. Breakfast arini makan mee goreng,telur goreng,ayer teh....blurrrp erkkk alhamdulillah. kenyang...

Mate pun dah berat...so moral of the story,,ikut la peraturan kalau tak nak keje lebih..hehe...
Then majulah sukan untuk negare!!!!(motif???? pikir la sendiri)..layan....

Assalammualaikum...

kampung dah maju jalan ditar
tak kire jalan kecik  jalan besar
saya budak baru daftar
tolonglah beri  tunjuk dan ajar

post pertame je smpai pg pikir nk tulis pe
haha...mate pn da hampir terkatup idea plak ntah dari tadi cari tak jumpe
so pg yang permai nih kite dengar pantun tido ok gak ea tak?





Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur,
bacalah doa kesyukuran.
Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan
Allah dengan rahmatNya.
Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian
dan kelemahan
tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu
taubatmu masih terbuka.
Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran
bagi yang hidup
merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati
kematian saban
hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah
mimpi. Dan adab-adab
tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh
betapa syumulnya
Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya
hingga kepada
perkara yang sebesar-besarnya.


Sayang

Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah
akan memelihara rohmu
disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan
tidak akan
memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan
mengganggumu.
Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi
kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran.
Pengaruh dari mimpi
sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika
dikau tidak mengetahui
sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal
mendatangi kita ketika
sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita
akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.


Sayang

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap
kiblat. Mudah-mudahan
mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan
satu cara wahyu
diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang
diberkati Tuhanmu.
Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan
jin dan syaitan, dan
mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup
seharian. Ingatan
terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu
mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya
dan tidak dapat
menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut
oleh Al-Quran dan
As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak
bererti dan tidak
mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu.
Jadikanlah mimpi sebagai
mimpi dan permainan tidurmu.


Sayang

Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur
anggota tubuh akan
dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali.
Usahlah dikau tidur
dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan
mengakibatkan badan
menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi
lemah. Akan tetapi,
jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan
kerana dengan berbuat
demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah
sekadar sebagaimana
disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu
tidur sebelum
zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan
pentadbiran dunia.
Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun
memperhambakan diri
dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh
tidur yang ideal dan
amalan manusia hamba yang mencari keredhaan
Tuhannya.


Sayang

Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di
siang hari kerana
amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan
dirimu tidur terlalu
lama supaya tidak dikencingkannya. Dan
janganlah tidur di siang hari
menjadi kemestian kerana tabiat ini akan
mengeruhkan wajahmu dan
rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-
adab tidur dan elakkan
dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan
mengangkat
punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat
yang terselamat
daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya
Allah dirimu akan
mendapat berkat.


Sayang

Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap
remeh temeh dalam hidup
ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang
dalam yang berupaya
mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang
matlamat dan hilang
punca. Sesungguhnya jurang ini telah
dimanfaatkan oleh musuh yang
menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan
sumpahan cela.

Ketahuilah sayang

Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga
perkara. Selagi makhluk
Allah yang bernama manusia melakukannya,
selagi itulah pintu
kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka
memperdaya : iaitu
Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya
keinginan terhadap
perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di
mana selama mana
ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri
manusia maka selagi
itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan
menyesatkan manusia. Kita
semua tidak akan terselamat kerana itu adalah
sifat dan ciri-ciri
manusia. Kita hanya terselamat jika didikan
Rasulullah dalam hal-hal
berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah
kepada kita, hamba yang
mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah
sayang dan jangan sekali-
kali menyombong diri.

'Selamat malam Sayang'