Selasa, 17 November 2009

Berita kepulangan ke ''STEEL RIVER''

Petang Isnin, khabar mengenai arahan untuk pulang ke sungai besi yang selama seminggu tertanya-tanya akhirnya 'mungkin' confirm kene balik RABU nih..huhu (tak rela). Khabar berita mengatakan esok (selasa), akan tiba  bas2 dan trak2 yang akan memunggah kami kembali ketempat asal iaitu UPNM tercinta...huhu,,selamat tinggal sekejap UTM kesayangan.hehe.

Latihan LKU(latihan ketenteraan umum) yang sememangnye memancitkan orang2 yang kureng fit akan bermula seperti biasa. Kesian pula tengok rakan2 Skudai yang berlemak sana sini,,tak tau la macam mane situation kat sane nanti,,mesti dah banyak dah berubah sejak pemerintahan rejimental Datuk Zulkifli sebagai NC UPNM tu...huhu.

Tapi sebagai seorang pegawai kadet terlatih selama 4 tahun, ''Prepare for the worse'' sentiasa menjadi pegangan dan terima segala kepayahan sebagai satu latihan dan pelajaran...bermula la malam ni pencarian baju2 uniform yang boleh fit dengan saiz badan yang mengembang, gajet2 kelengkapan ketenteraan untuk persediaan keberangkatan ke lembah dugaan mental dan fizikal tu..hehe.

Dalam pada itu masih ada yang masih berpegang dengan naluri hati berkenaan pembatalan rancangan pulang LKU di UPNM hari rabu nih...mungkin jadi mungkin tidak. Jadual cuti UPNM berdata 22 nov -29 nov menguatkan lagi tekaan itu. Masakan tidak, kami pergi kesana,orang sana cuti..emm ape ape aje lah. we'll see that tomorow.

Harapan esok ada berita gembira........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan