Ahad, 24 Januari 2010

Sampaikan pesanan ku...





 

Apa yang ade dalam mimpi kita..?
adakah sekadar permainan tidur, perjalanan alam maya atau tersingkap sesuatu yang tersirat disebaliknya?


mimpi kita..adakah mengajar kita tentang sesuatu?
kisah mimpi...mengingatkan aku peristiwa-peristiwa yang diberitahu oleh penceramah-penceramah agama,ustaz-ustazah,..
kitab dan buku yang ku baca mengenai kisah-kisah mimpi...ianya bukan sekadar mimpi...tapi satu PEsanan....


Teringat aku tentang mimpi junjungan besar kita Rasulullah...
pesanan untuk kita semua yang kadang kala 
lupa...


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. A! ku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



Selasa, 12 Januari 2010

Jalan Laju dan Larian Panas!!!

Sabtu 09 Jan 2010, hari minggu pun bermula setelah memerah otak dari hari senin sampai jumaat. Macam biaselah bagi kebanyakkan mahasiswa lain,, hari ni la mase nak 'ter'lambat bagun pagi...hehe. Tapi lain pulak dengan jadual ktorang budak-budak kadet ni yang sememang nyer ''Full Time Sodier But Part Time Student'' ( curik ayat member ni..) hehe..
 
Tepat jam 0650H alunan lagu NegaraKu berkumandang nyayian khas dari kami diperkarangan blok S04 KTC...haha.Aktiviti pertama hari ni adalah ''Jalan Laju'' ...dengan irigan Koperal Sopian kami pun berjalan-jalan lah berpakain FSMO sejauh 8KM dalam UTM ni...SubhanAllah...indah permai pemandangan tenang UTM hari cuti ni..huhu.




Selesai sudah aktiviti jalan laju...tepat matahari terpacak kat kepala bersamaan dengan jam 12ooH tengahari
larian PANAS pun bermula..memang patut pun agaknye diberi name sebegitu rupa lantaran waktu kemuncak 
matarhari atas kepale. Ditambah lagi dengan wind breaker order memang 
bertepatan dengan tujuan larian ni
untuk mengurangkan berat badan dan lemak-lemak si montel-montel yang tak sepatutnye montel tu.huhu



Tapi macam mane pulak dengan aku yang dikenali dengan kurus murus ni..?
bile la nak berisi macam ni ek..hehe
setiap kali balik kampung mak cik,pak cik, atuk nenek,parent sume tak abis-abis bertanye..''kurus nyer ko usup''...diet mak..


just left 200m from starting...to 3.5km



Warm down...safely arrived





 

Khamis, 7 Januari 2010

Aircraft Design II....Yang Sangat Pening



 

Assalammualaikum...

       Dah masuk minggu ke-4 semester 8 sesi 2009/2010 bermula...dan inilah subjek yang paling advance dari subjek-subjek yang lain...huhu. Kenape? Tiap-tiap malam diskusi mengadap projek design ni,,tapi progress kerja nak kate macam siput pun lebih kurang macam tu lah lambat nyer...hehe..

Emm.. subjek ni merupakan sambungan dari subjek Aircraft Design I semester lepas, dan projek yang diberi adalah berkenaan dengan menghasilkan satu design baru UAV( Unmanned Aircraft Vehicle). Grup aku diberi task menghasilkan satu UAV yang bertujuan untuk latihan menembak...erti nyer uav yang dihasilkan nanti bertujuan untuk ditembak dan bukannya untuk tinjauan seperti uav2 yang lain...name nyer ''Target Drone''.

''Serindit''...nama diberi,,untuk target drone rekaan grup aku...huhu ..pening makin bertambah-tambah..kerja belum siap-siap jugak..huhu.
Due date 11 januari 2010 rase sangat pantas berbanding dengan kelajuan progress kerja...diskusi diskusi diskusi...

Tibalah mase untuk menyambung balik kerja yang tertangguh..harap-harap dapat lah siap semua detail assignment pertama ni...
akhir kata..
''we're not run,,we're not walk,,we're not crawl,,but we're FLY!!!''



Ahad, 3 Januari 2010

Berjalan-jalan Melihat Alam...







assalammualaikum...
kehidupan 2 alam dalam 1 mase ni kadang-kadang tension jugak (tentera + student)...bukan senang nak
bahagi mase untuk dapat yang terbaik dua-dua sekali.
Tapi itulah cabaran nyer,,saper suruh masuk ATMA..hehe. Diam tak diam dah semester akhir degree aku nih.

Citer pasal tension-tension ni...timbullah cadangan kiteorang merempit kepuncak UTM lepas makan tengah hari kat cafe kolej 9 tadi.hehe...Tapi bukan merempit betul-betul pun,,just nak amik angin dan menikmati pemandangan tertinggi dalam UTM nih.

Lepaslah jugak tension..walaupun hanya beberape % jer tension tu ilang...hehe.Yang penting besok bermula
kuliah seperti biasa...nak ngadap projek itu lah ini lah..dengan model psm lg tak siap.huhu...
hmmm banyak cakap tak gune...
''selagi belum tutup mate, kerja kerja kerja..''

gud night...

Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat Tinggal 2009...

Lame tak update blog...akibat dari kesibukan dari LKU tempoh hari, sampai la bermulanya semester akhir 2009/10 ni memang malas nak fikir pasal benda lain...hmm

''Seronok'' betul LKU selama 3 minggu kat UPNM hari tu,,tapi yang tak syok nyer kene selsema la pulak,,nak training pun rase malas je. Tapi 'semangat askar ' punye pasal, layan je beb. Tension....

Balik dari latihan kat UPNM, keputusan sem 1 2009/10 pun keluar...Hmm bertambah la perasaan tension aku lantaran keputusan yang tak memuaskan dan lari dari target aku.Redha je lah, cube lagi untuk next semester.Tambahan pula dengan kehadiran pegawai kat skudai nih, tak tahu la kehupan kat sini aman macam sem lepas atau sebaliknya...wait n see jelah.. 

Tanggal 14 Disember 2009, bermulalah semester akhir aku diutm ni. Semangat memanglah berkobar-kobar permulaannya,tapi first kuliah je dah ngantuk..huhu..ape nak jadi nih...Hmm semestar ni aku hambik 18 kredit (bayak nyer waaa..) maklumlah nak naikkan pointer yang hampeh tu punye pasal,terpakse la UG (ulang gred) subjek tahun 1.

Malam 01-01-10 semangat baru tahun baru diisi dengan aktiviti taji oleh pegawai baru lantaran lambat baris tahlil...huhu,gara-gara tak faham arahan semua sekali kene.Tak pe lah, yang penting target untuk tahun akhir ijazah aku ni, nak dapat dekan untuk semestar ni. InsyaAllah...Amin

Ok lah,itu la cebisan peristiwa 2009 aku yang diakhiri dengan ''sad ending''...yang penting ''Learn from yesterday,Lived for today and  Hope for tomorow''.